Tazkirah;

'Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love, if only we knew what His plans were for us, our heart would melt with warmth of His love.'

Sunday, April 22, 2012

Kerinduan Pada B-3-4

Assalamualaikum,


Harini baru aku sedar yang rupa-rupanya sudah seharian aku duduk di rumah sorang-sorang. @.@ . Berkaca mata aku lihat keadaan sekeliling sebab housemates dan roommate takde. Alangkah indahnya rumah aku di area KL atau mane-mane yang dekat dengan UNITEN. Boleh la jugak aku balik dan makan sepuas-puasnya dekat rumah sambil menonton tv atau bergurau manja dengan adik bongsu.



Uhuk. Nak balik!!! huwaaaaa!! Nampak macam tak pasrah je kene tinggal sorang-sorang kat hostel ni. 


OH ya lagipun hostel sini tak sama dengan hostel di IIC tempat aku belajar dulu. Dulu dekat 10 orang satu rumah. Sini? Hampeh 4 orang je T_T (nangis laju-laju sebab tak seronok duduk sini). Di batu 4, hampir hari-hari aku dengar suara orang bergelak sakan. Bergossip dengan kawan-kawan perempuan memang best! Kalau yang balik rumah pun masih tak bosan sebab masih ada rakan yang tak balik rumah sebab rumah masing-masing jauh di utara dan selatan (termasuk aku leteww). Tiap-tiap minggu keluar bershopping takpun buat aktiviti yang sehat kat titiwangsa.


Itu yang aku suka sangat dengan tempat lama aku. Nak pergi KL senang je, naik bus ada lah dalam rm2. UNITEN? naik teksi je dah RM10 tak termasuk train ke sana,ada lah dalam berbelas ringgit keluar semata-mata perjalanan ke sana. Tu baru pergi, belum balik lagi. Awww, saya tak mampu la wak nak keluar pergi KL kalau macam tu jadinya. Kalau ada kereta untungla, kalau yang takde macam aku ni? mengalir air mata sambil menghadap tingkap.


Yuhuuu! rasa macam nak pergi buat senaman dalam rumah je sebab sudah seharian aku duduk dalam bilik hadap laptop, lepas tu tidur then bangun balik terus hadap laptop. Sangat BOSAN life di sini. Memang tak elok kita sebut bosan sebab kita tak hargai masa yang ada untuk mengingati Allah, tapi apa kan daya, saya manusia biasa memang tak lepas dari perkataan boring dalam hidup ini. Uhuk, ampunkan aku ya Allah :(





(Link blog lama)


(Ika tak termasuk warga B-3-4,hehe)







Rindukan housemates dan roommates di batu 4. Walaupun ada masa kita masam, ada masa kita sedih, ada masa kita happy, itu semua kenangan yang tak dapat dilupakan. Memori yang sungguh tak dapat dinilaikan dengan mata wang. Alangkah indahnya jika aku dapat putarkan masa dan menghayati setiap detik yang ada. I really miss them so much.


p/s : pic kak lily dengan kak dekda takde dalam album, so i curi senyap-senyap. Hehehe.

Thursday, April 19, 2012

Cerita Semalam Post Malam Ini

Assalamualaikum,


Waktu sekarang waktu hampir maghrib, so aku macam ambil kesempatan nak bercerita apa yang berlaku harini. Kalau anda mahu tahu, aku ada presentation tadi!! Yeayyy!! Ok, memang tak ceria langsung bunyinye. Tapi alhamdulillah, group aku dapat buat yang terbaik tadi. Sebenarnya, bagi aku presentation aku tadi kurang bagus sebab flowchart yang dipersembahkan tu bak kata pensyarah " The flowchart is like a kindergarten". Ok, aku tahu ia amat simple tapi dah itu je yang aku mampu buat. Wahahaha. Gelak untuk diri sendiri. Mungkin dia nak lagi advance.



Opss, sebelum tu, tajuk yang kami present tu tajuknya Educational Approach by Using Computer Games for Autistic Children. Panjang tak? Proposal yang kami bentang ni seakan final year project. Peningnya jangan cakap, macam seakan-akan kami ni pelajar final year. Huih, berhempas pulas sampai kurang tidur. Tak cukup lagi dengan assessment lain yang dia bagi dengan quiz. Quiz mungkin senang lah kot kalau dia tak clash dengan mane-mane presentation atau mid-term. Banyak betul bunyi aku ni kan?



Gambar di ambil sebelum ke kelas. Muka yang agak suci je pagi-pagi ni. Tapi bila dah start noon, terus berubah wajah aku. Terus dah rasa macam pergi berjogging 6 jam. Hehehe. Perasaan berdebar sebab mid-term dengan presentation sekaligus. Untunglah nasib baik statistic je, kalau subjek tough memang terguling-guling aku sana sini.




Ini semua group-mates aku. Hoyeah! Nampak macam rilex je padahal semua nervous. Termasuk aku lah tu. Kitorang kat level 2, lepas habis mid-term terus berlatih nak present. Tapi walau papepun dorang the best sebab dorang present dengan baik walaupun nervous mencungap-cungap. Hehehe. Harap-harap dapatlah markah tertinggi untuk subjek english ni. Ameen.


Tapi perkara terbaik pernah dengar dari mulut sir ialah sir puji presentation kitorang. So kami pun bergembira dengan ria sekali. Alhamdulillah for the compliment dan juga alhamdulillah group alamanda untuk subjek BM dapat peratus yang agak tinggi. Lepas ni dah boleh fokus dekat final exam memandangkan semua dah selesai kecuali quiz lagi satu next week. Yeayy! tamat sudah sem untuk kali ini.

Sunday, April 8, 2012

Sunday Story


Assalamualaikum,


Hari ahad ni aku cuma duduk rumah saja, sebenarnye tiap-tiap minggu memang aku duduk dalam rumah je cume kalau keluar mungkinlah dekat area-area Bangi. Yang membawa aku keluar tiap-tiap minggu mestilah si dia. Sape lagi lah yang boleh bawak aku keluar kalau bukan dia? mungkin kalau dah ada kereta, takdelah nak harapkan sesiapa lagi. Kawan sebilik memang setiap minggu dia balik, tapi apakan daya rumah dah dekat. Kalau aku rumah dekat pun aku buat perkara yang sama. Then, kalau ada duit ni aku terasa nak melancong ke mana-mana. Mungkin rezekiku belum tiba lagi agaknya. Bersabar jela. Hehehe.


Sekarang ni, aku hanya memandang laptop. Tengok movie takde mood nak tengok. Cerita apa je ada? Kalau ada pun, takde movie english yang latest. Movie melayu aku kurang sikit nak tengok, al-kisahnya sebab semua cliche sahaja. Takde motif aku nak tengok kecuali saja-saja nak isi masa lapang. Pengisian rohani dahla takde, ikut barat je lebih. Kalau dah nama pun melayu beragama Islam, buat lah cara Islam. Bukan Melayu yang takde pegangan agama. Ye dok? Amboih, aku kalau bab mengkritik nombor satu. Huish. Ok, tetiba aku buka cerita pasal filem melayu. Sangat tak retis. *Tetiba je*


steamed dumpling yang enak *drooling*


Mood sekarang ni hanya rasa nak makan steamed dumpling. Huwaaaaa dah lama aku kempunan nak makan benda ni. Dulu pernah try buat benda ni tapi tak jadi. Hahaha. Mak aku pun jadi mangsa penolongku di dapur. Rasa inti daging dah sedap tapi cover dia tak jadi lak. Dough dia terlalu lembik. Walau dah masukkan ke dalam fridge pun masih lembik. Mungkin aku terlebih letak air untuk tapioca flour kot. Ada resipi lain untuk penggunaan tepung selain tapioca flour ni. Lepas ni bolehla aku mencuba sekali lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Mentang-mentang mood tengah lapar kan? Heeee.


Oh ya! harini pukul 2 petang cerita di Nona ada Amalina tu, so aku nak tahu life dia macam mane kat sana. By the way, aku dulu memang minat dia sebab budak genius kan? Dulu yela kot. Sekarang ni dah kurang sikit. Dia berubah tu lantak dia lah, janji kita doakan dia agar dapat menghijabkan diri dia semula. Mudah-mudahan.

Wednesday, March 28, 2012

Entry Tiada Kerja

Assalamualaikum,

As time goes by, aku sekarang berada di UNITEN selepas bercuti beberapa hari di rumahku di JB. Setiap memory bersama family adalah saat yang paling indah sekali bila satu keluarga berkumpul dan seterusnye membuat aktiviti bersama-sama. Aku harap aku sentiasa berada di rumah tapi apakan daya tanggungjawabku sebagai student tidak perlu dilepaskan begitu saja.


Lagipun aku ni jenis yang suka berdikari. Pengalaman berada jauh dari family membuatkan aku jadi seorang yang tabah walaupun hakikatnya aku tidak setabah itu. Nama pun perempuan. Aku tak suka jantan yang lembik di mana setiap minggu dorang perlu balik ke rumah atas alasan rindukan family sebab tak macho la man. 2 minggu sekali tu ok la jugak bagi yang duduk rumah dekat (kecuali kalau ibu dorang yang suruh balik) Yang tu dimaafkan. Hek hek.


Oh ya, minggu ni merupakan minggu yang paling busy di mana terdapat beberapa assessment english yang perlu di settlekan dan juga ujrah. Ujrah ni tak settle-settle lagi. Penat bebenor nak mintak cop pengesahan. Susah betul orang atasan nak bagi signature dorang. Mahal sangat ke sign dorang tu? Adeh. Sounds like a forced. Ke hulur ke hilir mencari mereka. Memang dugaan ya Allah.


Mungkin dalam beberapa minggu ni aku agak busy dengan project proposal yang agak tough untuk di-settle-kan bagi subjek english. Subjek Malay Korporat pun ada task jugak tapi sebab salah seorang kawan aku dah siapkan hampir 90%,so ringanlah sikit beban kami. Bukan bermaksud untuk curi tulang, tapi dia memang dah ada idea untuk proposal BM tu. Well, kawan aku ni memang rajin.


Esok tak sabar nak tengok wayang perdana filem pendek kami. Mungkin kami tersenarai atau mungkin tidak. So kami tunggu jela result dia camne esok malam. Pakaian smart casual sebagai tema untuk malam itu. Rasa macam tak sabar je al-maklumlah aku bukanlah seorang fotogedik dan juga bukan seorang pelakon yang hebat. Filem pendek yang kami hasilkan tu pun dah dikira sebagai amatur atas kekurangan pengalaman dalam penghasilan filem ini. Kami pun bukan budak yang ambil kos teater.


p/s: Pukul 3.03 pagi,maka tenanglah mata untuk melabuhkan tirainya. Assalamualaikum kawan2 muslim.


***************